Tagged: strategi pelaburan

Tips: Masa Pelaburan yang Terbaik (Part 1)

Tahukah anda bahawa pelaburan unit trust bukanlah merujuk pada skim cepat kaya. Tempoh yang dicadangkan untuk membuat pelaburan / menyimpan di unit trust adalah antara tiga hingga lima tahun (3 – 5 tahun). Namun, lebih lama anda menyimpan di akaun anda, adalah lebih baik.

Tapi bagaimana pula isu turun naik harga pasaran semasa? Situasi menunggu adalah perkara biasa anda di luar sana praktikkan. Ayat yang biasa diucapkan:

Harga tengah tinggi ni, nanti dulu lah. Tunggu harga turun dulu ye.

Tunggu harga turun sikit saja lagi.

Semakin anda tunggu, jangkaan anda rupanya tidak tepat. Harga seunit bukanlah seperti yang anda jangkakan. Ia berlaku sebaliknya. Semakin hari harga seunit semakin naik. Jadi perlukah anda menuggu lagi dan membuat jangkaan lain?

Situasi menunggu dan terus menunggu sebenarnya menyebabkan anda rugi peluang yang ada di depan mata anda. Ini kerana, masa dan kos pemurataan (Ringgit Cost Averaging) memainkan peranan yang penting dalam menjana keuntungan pelaburan / simpanan unit trust. Apa yang anda dapat dalam situasi menunggu adalah hanya Cost of Procrastination.

Berikut saya berikan contoh perbandingan situasi pelabur yang melabur AWAL dengan perlabur yang melabur LAMBAT:

*Kedua-duanya membuat pelaburan bulanan sebanyak RM200.00 selama 10 tahun. Namun, seorang melabur seawal usia 26 tahun (AHMAD) dan seorang lagi melabur ketika berusia 36 tahun (ZAKI). Andaikan peratus keuntungan setahun ialah 8%. Berapkah nilai pelaburan mereka apabila berumur 55 tahun kelak?

-bersambung-



Share